Perak Hari Ini

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Baginda di Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604648266756″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim; barisan exco kerajaan negeri, serta wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Majlis yang bermula kira-kira jam 12.30 tengahari itu telah dipimpin oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Majlis diikuti dengan solat Jumaat didahului dengan khutbah khas sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak yang bertajuk Mentaati Raja Tonggak Kesejahteraan Negara yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604648424837″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604648376538″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Usai solat Jumaat, kesemua lebih 300 jemaah yang hadir mendirikan solat hajat bagi memohon kepada Allah perlindungan dan keselamatan daripada wabak COVID-19.

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Kesyukuran itu merupakan acara tahunan sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak yang diputuskan pada Jumaat pertama dalam bulan November.

Majlis sama turut diadakan serentak di masjid-masjid seluruh negeri negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");