Berita Hari Ini

Terjejas COVID-19, boleh keluar pendahuluan KWSP hingga RM60,000

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal boleh memohon pendahuluan hingga RM60,000 daripada Akaun 1.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga RM9,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga RM60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.

“Seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion.

“KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama enam bulan,” katanya dalam taklimat khas KWSP di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");