Perak Hari Ini

Tiada Kompromi Pada Majikan Langgar SOP

IPOH – Jabatan Tenaga Kerja akan menguatkuasa sepenuhnya bagi i Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula hari ini.

Pengarah Standard Perburuhan, Mohd Asri Abdul Wahab berkata,
jika pihaknya mendapati majikan melanggar akta berkenaan pihaknya akan terus membuka kertas siasatan bagi majikan berkenaan.

“Setelah kertas siasatan dibuka kita akan bawa majikan ini ke pengadilan untuk diadili dan biarkan pihak mahakamah putuskan hukuman kepada mereka.

“Sekiranya didapati mereka melakukan kesalahan dan setiap dari mereka akan disabitkan dan buka kertas siasatan dan denda RM50,000 setiap seorang pekerja pada setiap kesalahan yang telah dilakukan”. katanya ketika dalam satu sidang media.

Pada masa sama, Mohd Asri berkata, pihaknya menegaskan bahawa setiap majikan harus mendapatkan perakuan penginapan dari jabatannya bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Terdahulu, Jabatan Tenaga Kerja, melakukan serbuan keatas 13 buah penginapan pekerja bagi syarikat berkenaan di Jalan Tasek jaya Dua mendapati penghuni berkenaan diduduki melebihi had yang ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");