Berita Hari Ini

Tiada ‘line’ internet, pelajar bina khemah atas bukit demi jawab peperiksaan online

Sebelum ini pernah tular pelajar Universiti Malaysia Sabah Malaysia, Veveonah Mosibin menjawab soalan peperiksaan di atas pokok demi mendapatkan capaian internet.

Kali ini, seorang lagi pelajar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) perlu mendaki bukit agar dapat menggunakan internet demi menduduki peperiksaan di Tanah Merah, Kelantan.

Menerusi Sinar Harian, Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20 yang juga penuntut tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan terpaksa mendaki bukit di belakang rumahnya sejauh 20 meter bagi mendapatkan capaian internet.

Tak sanggup ulang-alik setiap hari

Menurut laporan, bapa pelajar tersebut Mohd Azmi Ahmad, 48 telah membina sebuah khemah untuk anaknya menduduki peperiksaan secara atas talian disebabkan tidak sanggup untuk berulang-alik sejauh 3 kilometer setiap hari untuk mengikuti kelas online.

Jadi, setiap kali ingin belajar, anaknya perlu memdaki bukit serta membawa komputer riba, modem WiFi, nota dan tripod selain ubat nyamuk dan juga kipas bagi memudahkan urusan.

Ayah bina khemah atas bukit

Menurut Nurlieda Khaleeda, bapanya kasihan melihatnya terpaksa ke bandar demi mendapat capaian internet. Jadi dia mengambil keputusan naik ke bukit untuk mencari line dan membuat khemah bagi memudahkannya belajar serta menjawab peperiksaan.

“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.”

“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.” Katanya.

Risiko haiwan liar

Setiap kali naik ke khemah, penuntun PPUM itu akan ditemani oleh ayah ataupun adiknya kerana tidak mahu gadis itu bersendirian memandangkan kawasan tersebut agak terbuka dan berbahaya terutamanya haiwan liar.

“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat.” Menurut bapanya.

Beberapa kampung juga alami nasib sama

Dalam laporan Sinar Harian lagi, masalah capaian internet bukan hanya dialami oleh Nurlieda Khaleeda  sahaja, tetapi penduduk di lima kampung iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar. Hal ini membuatkan anak-anak penduduk terutamanya yang mengikuti kelas online mengalami masalah untuk belajar dan menduduki peperiksaan.

Setakat ini, pelajar PPUM ini sudah menduduki 3 kertas peperiksaan sejak 23 November lalu dan masih ada baki kertas peperiksaan yang perlu dijawab.

Sumber: Sinar Harian (Rosmiza Kasim)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");