Berita Hari Ini

Tidak Ada DNA Babi Dalam Mi Kari – KPDNHEP

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tidak ada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan daripada sampel daging dalam mi kari sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor seperti yang ditularkan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata analisis dan ujian makmal Jabatan Kimia  yang dijalankan ke atas sampel daging yang diambil daripada restoran itu mendapati hanya unsur DNA ayam dikesan di dalam daging berkenaan.

“Melalui keputusan analisis terbabit, pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Iskandar Halim turut menyeru pengguna agar sentiasa bertanggungjawab dalam  menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih melalui laman media sosial yang boleh mendatangkan kesan negatif dan tidak adil kepada pihak yang berkenaan.

Beliau berkata KPDNHEP akan meneruskan pemantauan berhubung penguatkuasaan halal bagi memastikan pengusaha makanan dan minuman sentiasa patuh terhadap perundangan serta tidak sewenangnya menyalahgunakan kelulusan yang diberikan dengan maksud berselindung dan mengaburi pengguna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");