Panasnya Hari Ini

UMNO akan lawan Muhyiddin di Pagoh pada PRU15

UMNO akan meletakkan calon bertanding di Parlimen Pagoh yang merupakan kubu kuat Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, UMNO akan bertanding di kerusi yang pernah dimilikinya termasuk kerusi yang hilang akibat lompat parti.

“Prinsip saya mudah, kami akan bertanding di mana yang kami punya, Pagoh dan Langkawi adalah kerusi kami,” katanya seperti yang dipetik dari Malaysia Insight.

Parlimen Langkawi kini diwakili oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh berkata, pertembungan antara UMNO dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutama di kerusi-kerusi majoriti Melayu walaupun mereka bekerjasama.

Lagi pula katanya, sekarang ramai di dalam UMNO yang mula ragu-ragu tentang kerjasama dengan Bersatu kerana faedah daripada kerjasama itu meragukan.

“Kami masih berfikir tentangnya. Apa faedah yang kami dapat daripada bersama dengan Bersatu? Kami perlu berlawan untuk dapatkan kerusi,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa juga berkata BN akan mempertahankan semua kerusi tradisi mereka pada pilihan raya akan datang.

Tengku Razaleigh berkta, parti itu juga perlu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam Kabinet sebab pengaruh mereka.-SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");