Berita Hari Ini

Zoo Negara Terima Peruntukan 1.3 Juta – Shamsul Anuar

PETALING JAYA- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak pernah mengabaikan pengendali Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) terutama semasa penularan pandemik Covid-19.

Memetik laporan Kosmo Online, Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, KeTSA melalui Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun untuk menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar.

Katanya, Zoo Negara dimiliki oleh Persatuan Zoologikal Malaysia yang
merupakan badan bukan kerajaan dan diberikan permit pengendalian zoo secara tahunan oleh Perhilitan bagi mengendalikan zoo.

“KeTSA juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas.

“Dana ini bertujuan untuk meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan.

“Sebanyak 21 ZPT telah mengemukakan permohonan dan dana telah disalurkan secara berperingkat bermula Mei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu yang tular dalam media massa dan media sosial mengenai peranan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ZPT yang kekurangan dana.

Usaha lain termasuk diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT, mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT serta bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri.

Justeru, Shamsul Anuar berkata, ZPT sebagai entiti perniagaan ZPT sebagai entiti perniagaan tidak sewajarnya meneruskan kebergantungan kepada kerajaan memandangkan pelbagai inisiatif telah dilaksana untuk membantu ZPT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");