Perak Hari Ini
Like

4 Kampung Orang Asli Di Lenggong Terima Bantuan

December 2, 2020
306 Views
0 Comments
1 minute read
4 Kampung Orang Asli Di Lenggong Terima Bantuan

IPOH – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) meneruskan bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan wabak Covid-19 menyumbangkan bantuan kotak makanan di empat buah kampung di Lenggong, Hulu Perak semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin berkata, antara kampung yang terlibat adalah Sungai Karah (18 penduduk), Takong (9), Air Bah 1 (41) dan Air Bah 2 (25). Kakitangan MB Inc dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah menghulurkan kotak tersebut.

Katanya, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak membantu masyarakat Orang Asli untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

“Sebelum ini kita telah menyumbangkan kotak makanan kepada golongan sasar di seluruh Perak termasuk beberapa buah kampung orang asli,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pada masa sama, Anuar berkata, inisiatif berkenaan adalah bagi menyahut seruan YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya GLC negeri sentiasa proaktif dalam membantu golongan sasar yang memerlukan pembelaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bagi meringankan beban mereka.

“MB Inc sebagai sebuah entiti korporat GLC di bawah kerajaan negeri Perak sedaya upaya membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 melalui program CSR.

“MB Inc akan meneruskan sumbangan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan beban mereka,” katanya

Komen & Pendapat

Comments are closed.