Perak Hari Ini

Ada Pihak Cuba Pujuk ADUN Untuk Tolak Undi Percaya MB Perak, Dakwa Zainol

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak mendedahkan bahawa 15 ADUN Barisan Nasional (BN) telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mendakwa, calon Menteri Besar Perak yang baharu bukanlah sesuatu perkara yang rahsia kerana pihaknya mengetahui bahawa BN akan menamakan Saarani mewakili parti itu.

Dakwa beliau, selepas usul undi percaya Menteri Besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diterima, ada pihak daripada UMNO yang menghubungi ADUN-ADUN BERSATU dan Bebas supaya menolak usul tersebut.

“Semua sudah buat SD. ADUN-ADUN UMNO sudag diminta menandatangani SD supaya Datuk Saarani sebagai Menteri Besar.

“Ia Bukan rahsia lagi. Dua hari, tiga hari sudah mereka ada buat perjumpaan. 15 orang awal telah tandatangan SD.

“Walaupun kita tahu sampai peringkat itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak ambil tindakan untuk suruh hubungi ADUN-ADUN untuk menyokong.

“Dia beranggapan biar rakyat menilai. Dia tidak mahu menyusahkan rakyat. Kalau ambil tindakan, kita pun pergi melobi, tetapi kita tidak ambil tindakan sebegitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan undi percaya itu selain menganggap ianya sebagai satu pengkhianatan.

Katanya, amat pelik apabila pihak yang mengusulkan undi percaya itu bertindak sebaliknya dan bertentangan dengan usul yang dibuat.

“Peringkat awal kita menjangkakan mungkin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menyokong bagi menolak undi percaya ini tetapi yang bangun kali ini ADUN DAP.

“Walaupun hujah BN menyebut bukan bersekongkol dengan DAP, tetapi siapa yang menyokong menolak usul ini di dalam DUN Perak? Hendak nafikan macam mana, biar rakyat tengok,” katanya.

Selain itu tambahnya, apabila BERSATU bersangka baik terhadap usul undi percaya itu ia bermaksud menyokong tetapi niat sebenar di sebalik pengundian itu terbukti bukan seperti yang diusulkan.

Bagaimanapun, menurut Zainol Fadzi, Ahmad Faizal sudah mengarahkan semua ADUN BERSATU supaya bertenang dengan apa sahaja keputusan yang buat sebelum DUN Perak bersidang.

“Secara peribadi saya kagum dengan karektor Menteri Besar Perak yang tenang meminta kami jangan bantah dan ikut peraturan.

“Beliau pesan jangan buat kecoh kita ikut sahaja, sebab itu kita lihat mana ada sebarang provokasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");