Berita Hari Ini

Agong, Permaisuri Kurnia Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa JKNP Yang Maut Kemalangan

PEKAN, 9 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan mengurniakan sumbangan kepada waris dua kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, Isnin lepas.

Al-Sultan Abdullah mengurniakan sumbangan itu menerusi pegawai khas Sultan Pahang Tok Aria Rakna Ahmad Nurbadelin Abdul Murad dan Pegawai Khas (Kebajikan) Sultan Pahang Datuk Abdul Rahman Endut yang berkunjung ke rumah ahli keluarga mangsa di sini, hari ini.

Ahmad Nurbadelin semasa menyerahkan sumbangan itu, turut menyampaikan salam dan ucapan takziah Seri Paduka, yang turut menasihatkan ahli keluarga agar terus bersabar dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

Isteri kepada pemandu JKNP Mohd Zuhairi Abdullah, Nor Hayati Embong, 35, berkata beliau amat terharu dan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap nasib beliau dan empat anaknya yang berusia antara sembilan hingga dua tahun.

“Tumpuan saya kini adalah untuk membesarkan anak dan memohon semua mendoakan supaya saya diberikan kesihatan yang baik demi anak-anak. Saya berhasrat pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu dalam masa terdekat.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");