Panasnya Hari Ini

Ahli Parlimen AMANAH Namakan Anwar Calon PM

KUALA LUMPUR: Semua 11 ahli parlimen daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

BH Online melaporkan perkara itu dimaklumkan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, ketika menggulung penutupan Konvensyen Nasional 2020 AMANAH di Melaka, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan memastikan Ahli Parlimen Port Dickson itu mempunyai sokongan jika apa-apa berlaku dalam waktu terdekat.

“Langkah itu supaya kita ada bilangan, (supaya) kita dapat bergerak. Kita perlukan ramai kawan.

“Sekarang kita ada 108 (kerusi pembangkang) berbanding 91 supaya kita lebih dekat (saingan) jika berlaku apa-apa dalam waktu terdekat,” katanya. 

Mohamad menjelaskan SD itu bagaimanapun hanya terpakai untuk senario semasa jika berlaku peralihan kuasa sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Bagaimanapun, katanya untuk senario selepas PRU ke-15 akan diputuskan kemudian.

Ketika ini, AMANAH mempunyai 11 kerusi Parlimen, manakala 33 lagi membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");