Berita Hari Ini

Akibat bunyikan hon kereta, wanita ditumbuk lelaki

Akibat membunyikan hon kepada seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondomonium, seorang wanita 27 tahun ditumbuk di muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan kejadian itu berlaku pada 16 Disember 2020 di sebuah kondominium di Desa Petaling.

Katanya, wanita itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan lelaki yang berusia 58 tahun itu telah dituduh di mahkamah sehari selepas kejadian di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu wanita itu menyiarkan insiden yang menimpa dirinya menerusi laman Facebooknya SnOw Kwong.

Kata wanita itu, beliau membunyikan hon kereta setelah lelaki itu yang menaiki kereta Mercedes Benz menghalang lalu lintas di Kondominium Amadesa Resort.

Ujarnya, selepas menunggu lama di belakang kereta berkenaan, barulah beliau membunyikan hon.

Selepas keluar daripada kereta, menuju ke lobi, seorang lelaki berusia 50-an menuju ke arahnya dan bertanya adakah beliau yang bunyikan hon.

“Selepas saya mengaku beliau terus menarik rambut dan menumbuk saya bertubi-tubi di kepala dan muka.

“Selepas mengaku saya membunyikan hon selepas menunggu lama, beliau marah dan tanpa berkata apa-apa terus menarik rambut dan menumbuk saya berkali-kali di muka dan kepala. Saya takut dan melarikan diri di belakang kereta menyembunyikan diri kerana waktu itu saya seorang diri.

“Akibat ditumbuk, muka dan gusi saya berdarah. Ayah saya kemudian turun ke bawah dan ayah saya menghubungi polis untuk bantuan. Pengawal kesalamatan berjaya menangkap penyerang itu di kawasan tempat letak kereta. Ketika penyerang itu ditemuikan, beliau memegang pisau pemotong yang diletakkan di belakangnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");