Berita Hari Ini

Amanah Perak tak tolak kemungkinan bersama parti lain tubuh kerajaan negeri

“Tiada yang mustahil” apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baru, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi hari ini.

“Dalam situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah Perak sanggup bekerjasama dengan parti politik lain di negeri itu bagi penubuhan sebuah kerajaan negeri yang baru.

Asmuni merupakan antara tiga pemimpin PH yang diterima menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam undi percaya terhadap beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dua lagi pemimpin PH berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Pada 4 Dis lalu, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi yang menyokong berbanding 48 yang menolak, sementara seorang ahli dewan berkecuali dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibawa Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

DUN Perak terdiri daripada 25 Adun Umno, 16 DAP, lima Bersatu, lima Amanah, tiga PKR, tiga PAS dan masing-masing satu daripada Gerakan dan Bebas.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan telah mencadangkan supaya Umno bekerjasama dengan Amanah dan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan baru di negeri ini.

Dia dilaporkan berkata adalah tidak mustahil untuk berbuat demikian kerana parti berkenaan telah bersama-sama menolak usul undi percaya terhadap menteri besar.

Kenyataan sama juga dizahirkan Adun Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari yang berkata apa pun boleh terjadi selagi ia mematuhi peraturan Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan norma.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas badan perhubungan Umno negeri malam tadi yang dihadiri Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamed Nazri sendiri, tiada pemimpin PH yang hadir.

Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");