Perak Hari Ini

Belanjawan Perak 2021 Defisit RM154.0 Juta

IPOH –  Kerajaan Perak mengumumkan peruntukan bagi Belanjawan 2021 kepada RM1.061 bilion berbanding RM1.098 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata daripada unjuran hasil dan perbelanjaan, Belanjawan 2021 dicadangkan sebagai belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri susulan belanjawan mencatatkan defisit RM154.0 juta.

Katanya unjuran ini melibatkan hasil dan terimaan Pembangunan sebanyak  RM1.061 bilion, berbanding Perbelanjaan berjumlah RM1.215 bilion.

Tambah beliau daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2021, sebanyak RM430.0 juta diperuntukkan bagi anggaran perbelanjaan pembangunan manakala RM785.1 juta disediakan bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya ia terdiri daripada perbelanjaan emolumen sebanyak RM382.9 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM288.8 juta),  pembelian aset (RM6.2 juta), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM100.2 juta dan Lain-Lain Perbelanjaan RM7.1 juta.

Ujarnya belanjawan yang bertemakan “Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif” memberi fokus kepada empat tumpuan.

Iaitu, menjana pertumbuhan ekonomi seimbang; menitikberatkan keadilan sosial serta menjaga kesejahteraan rakyat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti; meneraju kelestarian sumber dan alam sekitar secara efektif; serta memacu pemodenan dan pendigitalan institusi bagi menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang bersih dan terbaik di seluruh negeri.

“Belanjawan Perak 2021 dirangka berdasarkan unjuran Hasil dan Terimaan Pembangunan RM1.061 bilion berbanding RM1.098 bilion pada tahun 2020.

“Jumlah ini terdiri daripada Hasil Cukai RM598.7 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM248.4 juta dan Terimaan Bukan Hasil RM185.6 juta  menjadikan keseluruhan jumlah Hasil adalah RM1.03 bilion dan RM28.4 juta daripada Terimaan Pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2020 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu, Saarani berkata daripada unjuran hasil dan perbelanjaan, Belanjawan 2021 dicadangkan sebagai belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri susulan belanjawan mencatatkan defisit RM154.0 juta.

“Unjuran ini melibatkan Hasil dan Terimaan Pembangunan sebanyak  RM1.061 bilion, berbanding Perbelanjaan berjumlah RM1.215 bilion,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata unjuran belanjawan sebelum ini mencatatkan defisit sebanyak RM103.2 juta namun, berdasarkan situasi sehingga 30 November dengan kedudukan kewangan defisit RM86.4 juta.

“Ia menunjukkan penurunan 16.3 peratus atau RM16.8 juta berbanding unjuran asal. Sehingga 31 Disember ini, defisit ini dijangka dapat diturunkan sekurang-kurangnya kepada RM40.0 juta.  

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");