Panasnya Hari Ini

BERSATU Kesal Keputusan ADUN Tak Sokong MB Perak – Hamzah

KUALA LUMPUR, – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kesal dengan keputusan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini, yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dewan menerusi usul undi percaya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mesyuarat Biro Politik parti itu mengambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti ahli dewan’ (undi percaya) terhadap Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal) telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Tegas beliau, BERSATU sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Justeru, BERSATU ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada empat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) BERSATU tiga ADUN PAS, seorang ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang menyokong usul keyakinan terhadap Menteri Besar Perak,” katanya dalam kenyataan, di sini, lapor Bernama

Hamzah berkata parti itu akan memantau situasi semasa dan terus bersama PAS serta parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya.

Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden BERSATU dan ADUN Chenderiang, gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat apabila hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim. 

DUN Perak merangkumi 25 ADUN (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, 16 (DAP), BERSATU (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");