Perak Hari Ini

Biar Saya Selesaikan Dahulu – MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ada lantikan baru dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain yang diperkenankan Sultan Perak.

Namun katanya, ketika ini beliau masih berfungsi sebagai Menteri Besar seperti biasa sehingga seorang ADUN dapat membuktikan mempunyai mandat majoriti dewan.

“Biar saya selesaikan segala tanggungjawab saya tanpa ada mesyuarat Exco atau membuat keputusan-keputusan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan RM900,000 kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut diminta mengulas berkenaan desakan pihak pembangkang yang menggesa beliau segera melepaskan jawatan.

“Bagi saya selesaikan dahulu…aktiviti operasi kerajaan perlu diteruskan.

“Jadi saya nasihat pada pembangkang, awak sudah dapat apa yang dimahukan. Jadi tak perlu sampai tahap hendak hentikan pentadbiran kerajaan negeri untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika ini terdapat beberapa kawasan di Perak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang mana ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri membantu mereka yang terkesan.

Semalam, Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Ahmad Faizal dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Pertemuan itu berikutan keputusan usul undi percaya yang dibahaskan dalam Persidangan Dewan Negeri Perak semalam.

Usul yang dikemukakan kepada Menteri Besar Perak itu tidak memihak kepada Ahmad Faizal apabila menyaksikan hanya 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");