Perak Hari Ini

Biarlah Ahmad Faizal, Adly Kekal Dalam PAFA – Shahrul Zaman

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Adly Shah Ahmad Tah harus dikekalkan bagi menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Demikian luah Bekas Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Shahrul Zaman Yahya menerusi akaun instagram beliau.

Tambahnya beliau juga kurang setuju akan cadangan penyokong bola sepak negeri yang mahu beliau kembali dalam PAFA.

“Terima kasih kepada penyokong yang banyak meminta saya kembali ke PAFAA. Saya mohon maaf kerana saya kurang setuju.

“Kerajaan negeri dan PAFA adalah dua entiti yang berbeza. Pendapat saya biarlah Ahmad Faizal dan Datuk Adly terus menerajui PAFA.

“Mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pada tahun 2018, Perak menang Piala Malaysia di bawah pentadbiran mereka,” katanya, hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus yang menyebut Timbalan Presiden PAFA yang juga Pengurus Pasukann Perak, Adly dijangka melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Shahrul Zaman berharap agar Perak FC kelak dibarisi pihak pengurusan yang professional dan sepenuh masa sebagainya selari dengan konsep penswastaan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Tegas beliau sekiranya bola sepak tempatan mahu mencapai taraf antarabangsa, suatu pendekatan baharu perlu diambil.

Ujarnya lagi semua pasukan bola sepak FC perlu mencontohi model perniagaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Bola sepak adalah perniagaan. Ia perlu menjadi ‘profit center in the long run’ atau sesuatu yang menjana pendapatan dalam masa panjang dan bukannya ‘cost centre’ semata-mata.

“Kalau dapat jadi 30 peratus sepertu JDT pun sudah sangat baik. Kita perlu kongsi visi, misi dan objektif Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang pada saya kalau kita semua boleh buat, Malaysia akan mampu berada dalam gelanggang Piala Dunia suatu hari nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");