Perak Hari Ini

Cik B Lancar Single Pertama bertajuk Tolonglah

IPOH – Anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, melancarkan single pertamanya bertajuk Tolonglah serentak dengan muzik videonya yang dimuat naik di laman YouTube malam tadi.

Menurut pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, lagu Tolonglah sudah siap pada Disember tahun lalu manakala muzik video pula disiapkan pada awal tahun ini tetapi, beliau belum mempunyai keberanian untuk mempersembahkan kepada khalayak ramai ketika itu.

“Sebelum ini saya mempunyai masalah keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang, tidak seperti mama (Datuk Seri Vida). Namun kini saya mahu tampil berbeza, tidak seperti saya yang dulu iaitu introvet dan tidak suka bergaul dengan orang.

“Saya kini bersedia untuk menerima kritikan orang ramai mengenai lagu ini dan bersedia untuk membuat sebarang persembahan live,”. katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Meru Height di sini semalam.

Katanya, selepas setahun disimpan, barulah dia berani untuk melancarkannya dan bersedia untuk menerima kritikan daripada pendengar.

Lagu berkonsepkan rap itu ditulis sendiri olehnya bersama Vida manakala komposer lagu adalah garapan Cik B hasil inspirasi daripada kisah hidupnya sebelum ini.

“Single ini amat istimewa buat saya kerana ia menceritakan kisah hidup saya dan adik-beradik sejak kecil yang didera oleh pengasuh, berhadapan dengan masalah keluarga dan kurang yakin dengan diri sendiri.

“Orang luar mungkin melihat saya sebagai bertuah kerana membesar sebagai anak orang kaya namun mereka tidak tahu kisah sebenar yang kami semua lalui. Itulah yang saya cuba sampaikan melalui lagu dan muzik video ini,” katanya.

Sejak dilancarkan pada pukul 9 malam tadi, muzik video yang diterbitkan DSV Entertainment dan 17 Eleven Music berdurasi 4 minit dan 50 saat itu kini ditonton lebih 190,000 tontonan, mengatasi muzik video lagu terbaharu Siti Nurhaliza bertajuk Kuasa Cintamu iaitu 180,000 tontonan yang turut dilancarkan pada waktu sama semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");