Berita Hari Ini

COVID-19: 1,075 Kes Baharu

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat ke 1,075 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 69,095 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 10,802 kes.

Katanya, hari ini tiga kes import dikesan mendapat jangkitan dari luar negara, manakala bagi penularan tempatan negeri di Lembah Klang mencatatkan 508 kes atau 47.3 peratus daripada jumlah kes hari ini.

“Daripada jumlah itu, Selangor melaporkan sebanyak 459 kes (90.4 peratus). Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan Sabah iaitu sebanyak 310 kes (28.8 peratus) dan diikuti Johor sebanyak 78 kes (7.3 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 948 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 57,917 kes bersamaan 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");