Berita Hari Ini

COVID-19: Dua Lagi Kluster Baharu Dikesan

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Dua lagi kluster baharu COVID-19 dikesan dalam negara melibatkan beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama yakni Kluster Seruling, melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di Selangor, dengan kes awal dikesan positif COVID-19 pada 4 Dis hasil saringan individu bergejala di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sejumlah 2,267 individu telah disaring, daripada jumlah itu 109 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Kluster kedua, Kluster Tapak Bina Darul pula melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Beliau berkata kes awal dikesan positif COVID-19 kluster itu ialah pada 6 Dis hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");