Berita Hari Ini

Dewan Rakyat lulus usul potong RM45 juta peruntukan Jasa

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk memotong RM45 juta daripada peruntukan berjumlah RM85.5 juta buat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) hari ini.

Usul itu diluluskan secara undian suara dan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Abd Rahim Bakri untuk meminda jumlah peruntukan dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Undian suara dibuat selepas perbahasan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya ingin menarik perhatian ahli-ahli parlimen, penolakan usul ini akan menyebabkan jumlah yang diluluskan kembali kepada jumlah yang asal iaitu RM85.5 juta.X

“Oleh sebab itu sokongan ahli Yang Berhormat adalah sangat penting bagi membolehkan penubuhan J-Kom dengan perbelanjaan yang cost effective (berpatutan) dengan RM45.5 juta,” katanya dalam ucapan penggulungannya.

Terdahulu, penubuhan semula jabatan itu, yang dikenali sebagai penyebar propaganda kerajaan BN, mengundang kritikan hebat pelbagai pihak, termasuk pembangkang yang antara lain berkata dana itu boleh digunakan untuk tujuan lebih penting di tengah-tengah penularan Covid-19.

Jabatan itu dimansuhkan ketika pentadbiran PH.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata nama jabatan itu akan ditukarkan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");