Berita Hari Ini
Like

Dewan Rakyat Pada Esok Dan Khamis Bersidang Hingga 2 Petang

December 15, 2020
104 Views
0 Comments
1 minute read
Dewan Rakyat Pada Esok Dan Khamis Bersidang Hingga 2 Petang

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pada esok dan Khamis akan bersidang dari 10 pagi hingga 2 petang.

Bernama melaporkan ketika mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (1). 

Usul itu dipersetujui di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Takiyuddin turut mengemukakan usul merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16 (6) bagi membolehkan persidangan kamar khas pada Rabu (16 Dis) dan Khamis (17 Dis) diawalkan ke 12 tengah hari hingga 2 petang, atau setelah selesai urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kamar Khas. 

Selain itu, usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 24(5A), 24A(5) dan 24A(7) bagi membolehkan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dipendekkan kepada 10 minit dengan Ahli yang mengeluarkan pertanyaan akan dipanggil untuk membaca soalan dan kemudian dijawab menteri dengan tiada pertanyaan tambahan, pada Khamis. 

“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 19 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa beberapa peraturan mesyuarat,” katanya.

Comments are closed.