Perak Hari Ini

Dewan Tenang Tunjuk Politik Matang – Saarani

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung tenang hari ini mempamerkan kematangan politik terhadap kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau menjangkakan sidang tersebut akan tamat selepas waktu Solat Jumaat namun sebaliknya beliau mendapat sokongan penuh dan sebulat suara daripada kesemua 59 ADUN terhadap Belanjawan Negeri Perak 2021.

Katanya, setelah pegang lima penggal beliau memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau merasakan sidang pada kali ini adalah sidang paling tenang kerana semua ahli dewan negeri memberikan focus dan membahaskan berkaitan kawasan mereka.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada ahli dewan negeri bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana telah menunjukkan kematangan politik yang tinggi.

“Ini menunjukkan keamanan dan kedamaian serta kematangan berpolitik sama seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muzzuddin Shah supaya ahli politik hendaklah menghentikan berpolitik dalam musin pendemik COVID-19 ini”, katanya dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan

Beliau berkata demikian selepas tamat sesi penggulungan pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Perak.

Pada masa sama, Saarani juga berkata, walaupun begitu banyak pertanyaan dan juga cadangan yang di ajukan kepadanya, beliau merasakan selesa kerana kedua-dua pihak ingin memberikan komitmen bagi membantu membangunkan negeri

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");