Perak Hari Ini

EXCO Perak: Empat ADUN UMNO Dilantik Semula, Satu Dari BERSATU

KUALA KANGSAR – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Perak dan seorang ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut dilantik.

Mereka adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin serta ADUN Bota, Khairul Shahrul Mohamed.

Terdahulu mendahului senarai adalah ADUN Sungai Manik dari BERSATU, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Kecuali Zainol, empat ADUN yang lain pernah dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri semasa Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Untuk rekod, Zainol kali terakhir menjawat jawatan Exco Perak semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir Perak yang diterajui Bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Majlis angkat sumpah jawatan EXCO Kerajaan Negeri berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Ia disaksikan Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Saarani Mohamad dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak pada pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");