Perak Hari Ini

Harap PN Di Perak Tidak Berpecah – Ahmad Faizal

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui bahawa kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tergores susulan keputusan undi percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi.

Walau bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BERSATU Negeri berkata kesemua parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)  akan segara mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.

“Hari ini mungkin apabila mereka mengambil tindakan seperti pagi tadi yang tanpa berbincang dengan rakan-rakan, tentunya kami dari BERSATU terasa hati sedikit.

“Mungkin selepas ini kita akan duduk dan berbincang semula. Namun pada saya PN di pusat masih kukuh  dan saya minta agar PN di Perak tidak berpecah,” katanya.

Pagi tadi,  Ahmad Faizal, gagal memperoleh sokongan majoriti terhadapnya sebagai Menteri Besar susulan usul yang dikemukakan Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu) melalui pengundian belah bahagi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata beliau masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Perak di bawah kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga lantikan baharu dibuat.

Beliau juga meminta agar rakyat bertenang sehingga sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak Istana berhubung perkara itu.

“Jika kita mengambil keputusan yang hanya mementingkan satu-satu maksud, ia akan menyebabkan reaksi daripada pihak lain yang tidak mendatangkan keuntungan kepada kita sendiri.

“Macam sekarang ini, masalah sekarang kita perku mencari jalan penyelesaian untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar pintu utama Istana Kinta di sini, hari ini.

Terdahulu beliau tiba di Istana Kinta bagi menghadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung keputusan usul undi percaya terhadapnya kira-kira jam 5.15 petang.

Ketibaan beliau diringi Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dengan menaiki kenderaan Toyota Camry.

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Azmir Shah Zainal Abidin tiba di perkarangan dengan beberapa kenderaan berasingan.

Sementara Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid tiba memasuki perkarangan istana pada jam 4.40 petang

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");