Berita Hari Ini

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Bernama melaporkan menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.73, RON 97 (RM2.03) dan diesel (RM1.93).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");