Perak Hari Ini

Itu Hanya Khabar Angin – Razman

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin antara daripada tiga ADUN PAS yang dilantik sebagai EXCO Perak.

Ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan di Istana Kinta di sini, Razman berkata beliau menjunjung kasih atas perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik semula EXCO sebelum ini.

Katanya beliau dan barisan EXCO akan terus bwrusi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tatkala penularan COVID-19 dan masalah ekonomi negara yang masih belum selesai.

“Kita akan mempertahankan kerajaan ini supaya tidak ada lagi keadaan politik yang tidak stabil. Sebaliknya kita akan memberi penumpuan penuh untuk berkhidmat kepda rakyat,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut ditanyakan tentang dakwaan pihak tertentu yang menyebut parti itu tidak akan dilantik mengisi jawatan EXCO Kerajaan Negeri.

“Itu hanya khabar angin. Tak boleh dengar lah perkara itu,” ujarnya ringkas.

Terdahulu pagi tadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Marang itu telah menghantar surat kepada Pejabat Istana Perak pada Khamis lalu bagi menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada Baginda berkenaan situasi politik negeri yang membabitkan PAS.

Pada Jumaat minggu lalu, Razman dalam satu sidang media menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin kerana tidak menghadap Baginda pada Selasa lalu.

Razman dilaporkan berkata beliau dan dua lagi ADUN PAS iaitu Mohd. Akmal dan ADUN Kubu Gajah, Mohd. Khalil Yahaya telah menyerahkan surat permohonan ampun kepada Sultan Perak pada hari yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");