Berita Hari Ini

JAKIM Perkukuh Penguatkuasaan, SOP Sijil Halal Barangan Import

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam memberi kelulusan sijil halal melibatkan barangan import termasuk daging.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata ini bagi memastikan setiap rakyat terutamanya umat Islam mendapat bekalan makanan yang halal, bersih serta mengikut hukum syarak.

“Pihak kerajaan termasuk JAKIM akan terus memperkukuhkan lagi SOP termasuk kawal selia dan sekiranya perlu menambah kakitangan (JAKIM), maka kita akan buat pengambilan staf juga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa di Dewan Pusat Asuhan Tunas Islam di Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini, lapor Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga akan meningkatkan lagi kolaborasi dengan pelbagai agensi terlibat seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");