Berita Hari Ini

JKR Ambil Serius Pantau Jalan Berlubang, Sediakan 11 Saluran Aduan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melakukan yang terbaik dalam memantau keadaan jalan raya bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan selamat dan selesa.

MalaysiaKini melaporkan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, berkata pihaknya juga mengambil serius aduan warganet di media sosial berhubung keadaan jalan rosak.

“JKR Malaysia mengambil serius komen-komen netizen di media sosial mengenai respons jabatan terhadap aduan-aduan yang diterima melibatkan isu jalan rosak dan jalan berlubang

“JKR sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam memantau keadaan jalanraya di seluruh negara dan setiap aduan yang diterima menjadi keutamaan jabatan dalam memastikan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ini selepas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu terlibat dalam satu kemalangan apabila basikal ditunggangnya terlanggar lubang ketika dia melakukan aktiviti itu di Banting, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, JKR turut berkata terdapat 11 saluran aduan yang boleh digunakan pengguna awam.

“JKR mengamalkan konsep no wrong door policy dan mempunyai 11 saluran aduan seperti berikut:

  •  Web Aduan JKR https://aduan.jkr.gov.my/
  • Telefon
  •  SISPAA https://kkr.spab.gov.my/
  • Emel Aduan
  • Emel Komunikasi
  • Akhbar
  • Lisan (hadir terus ke pejabat JKR)
  • Biro Pengaduan Awam https://pcb.spab.gov.my/
  • Surat Mygcc
  • Respons Rakyat (Apps biro pengaduan awam)

Tambahnya, tanpa mengira jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan majlis, setiap aduan yang disalurkan akan diambil tindakan segera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");