Berita Hari Ini

Kartel Daging: Jangan Tutup Pembabitan Orang Kenamaan

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta jangan ada sebarang usaha melindungi mana-mana pihak termasuk, orang kenamaan yang terbabit dengan penyelewengan isu kartel daging haram.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, berkata sebagaimana enam saranan awal dikemuka Pemuda UMNO, kerajaan wajar mendedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

“Ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran,” katanya di Facebook beliau, lapor BH Online.

Kelmarin Pemuda UMNO mengemuka enam saranan untuk menangani isu berkenaan, termasuk penubahan pasukan khas menyiasat kes berkenaan.

Asyraf Wajdi berkata, kerajaan wajar menyegerakan penubuhkan pasukan khas berhubung isu itu bagi menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dan rasuah.

“Pasukan khas itu membabitkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");