Perak Hari Ini

Kedudukan EXCO Perak Dari Bersatu Akan Dibincangkan – Ahmad Faizal

IPOH – Kedudukan dua Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dibincangkan selepas kerajaan baharu di negeri ini dibentuk.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu akan dibincangkan berlandaskan kehendak parti tanpa meminggirkan keperluan rakyat.

“Apa juga keputusan, kami akan buat secara bersama dan konsesnsus. Saya percaya dengan konsensus disiplin ahli-ahli parti kami termasuk dari Bebas.

“Dan saya kira, bagi pihak BERSATU kami akan buat keputusan dengan memikirkan kepentingan bersama-sama rakan dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan RM900,000 kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di sini, hari ini.

Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan.

Katanya ia kerana undi percaya yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya melibatkan jawatan Menteri Besar.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Peral berkata setiap parti mempunyai kehendak sendiri namun ianya tidak seharusnya dilakukan sehingga mengorbankan penubuhan sebuah kerajaan yang stabil.

“Setiap parti ada pelbagai kehendak. Ada kehendak dan keperluan. Misalnya kami dalam BERSATU sudah tentu mahukan seberapa banyak jawatan. Begitu juga UMNO dan PAS.

“Namun keperluan bagi kita adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil. Maka disebabkan itu, ada kala kehendak itu perlu dikorbankan sehingga dikorbankan kerjasama dalam sebuah kerajaan yang stabil.

“Benar ia kehendak UMNO, tetapi adakah ia satu keperluan mendesak sehingga harus menggadaikan prinsip permuafakatan PN. Tepuk dada, tanya selera,” katanya lagi.

Untuk rekod BERSATU mempunyai dua Exco Kerajaan Negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi serta ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) 25, BERSATU 5, PAS 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5 dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");