Berita Hari Ini

Kelantan Sambut Tahun Baharu Dalam Acara Berskala Kecil

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tetap meraikan sambutan tahun baharu 2021 di sebalik penularan COVID-19, namun acara diadakan dalam skala kecil dengan penekanan kepada amalan norma baharu.

Bernama melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata sambutan itu bukan acara rasmi sebaliknya diadakan sekadar mengingati “kita sudah bertambah umur”. 

“Antaranya program 4×4 New Year ke Lata Y Hulu Tembeling, Kuala Krai bersempena tahun baharu 2021 yang bermula hari ini selama dua hari yang dihadkan kepada 60 peserta, selain program TM Fly Over New Year Nite Ride 2021 di Tanah Merah malam ini yang dihadkan kepada 250 peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pelepasan Erat 4×4 New Year di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Kelantan Mohd Aidil Afizie Daud.

Terdahulu, Ahmad melepaskan peserta konvoi itu yang bertujuan mempromosikan tempat pelancongan selain menyantuni penduduk di sana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");