Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Lulus 3000 RPT Dan RPB

IPOH – Kerajaan Negeri telah meluluskan lebih 3,000 permohonan hakmilik lot tanah lot di bawah program Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri dalam melaksanakan keadilan sosial kepada setiap rakyat yang memerlukan pembelaan.

“Antara fokus utama inisiatif ini adalah bagi membantu rakyat yang telah menanti hakmilik tanah selama puluhan tahun.

“Usaha ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada para pemohon yang telah menanti sejak sekian lama,” beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat hakmilik notis 5a dan surat tawaran

Pada masa sama, Ahmad Faizal berkata, ia juga sebahagian daripada proses agihan kekayaan kepada rakyat melalui pemilikan aset hartanah

“Adanya inisiatif ini, para petani kecil dan pengusaha ternakan dapat terus menjalankan aktiviti ekonomi secara sah.

“Menerusi hasil ini, kerajaan negeri dan badan berkanun dapat mengutip hasil untuk tujuan pembangunan yang akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri juga serius menyelesaikan masalah setinggan dan usaha haram di negeri ini dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari penyelesaian isu pencerobohan tanah milik kerajaan negeri dan badan-badan berkanun negeri

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");