Panasnya Hari Ini

Kes Rogol Bekas EXCO Perak Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi Ipoh

PUTRAJAYA – Perbicaraan kes rogol yang dihadapi bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak Paul Yong Choo Kiong akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Ipoh di Perak.

Kosmo Online melaporkan ia berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Paul Yong selaku perayu selain berpuas hati rayuannya mempunyai merit.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh dan Datuk Mary Kim Thiam Suan.

Ketiga-tiga panel itu kemudian menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan di Mahkamah Tinggi di Ipoh manakala tarikh pendengaran di Mahkamah Sesyen yang telah ditetapkan sebelum ini, dilapangkan.

Dalam prosiding itu, Paul Yong diwakili oleh peguam-peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, K.Mangai.

Terdahulu, Tengku Maimun memaklumkan telah membaca hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini daripada kedua-dua belah pihak dan berpendapat panel tidak perlu lagi mendengar penghujahan secara lisan.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Paul Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogol dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan untuk menolak permohonan itu manakala Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menentang keputusan itu.

Dalam keputusan majoriti itu, Hakim Yaacob berkata mereka berpandangan tidak wujud kekhilafan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang tidak membenarkan permohonan Yong memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Oleh itu, beliau mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 November tahun lalu yang menolak permohonan Paul untuk memindahkan kesnya itu mengikut Seksyen 417, Kanun Acara Jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");