Berita Hari Ini

Khairy Cedera Langgar Lubang Ketika Berbasikal, JKR Mohon Maaf

KUALA LANGAT – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan insiden Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mengalami kecederaan selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang jalan.

Malaysiakini melaporkan Khairy cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor hari ini.

“JKR Hulu Langat memohon maaf atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” kata JKR Kuala Langat menerusi Twitter.

Terdahulu, Bernama melaporkan Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Raja Abu Bakar? memberitahu menteri itu terjatuh selepas basikal ditunggangnya melanggar lubang di atas jalan raya kira-kira 11 pagi tadi.

Khairy mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan muka yang lebam dan gambar lokasi kejadian.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj (Khairy) hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” kata raja Syahrir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");