Panasnya Hari Ini

Khairy Harap Rundingan UMNO Dengan Pas, Bersatu Disegerakan Di Perak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap rundingan membabitkan UMNO, Pas dan Bersatu dapat disegerakan bagi merungkai kemelut politik di Perak.

Astro Awani melaporkan Beliau berkata, rundingan berkenaan penting dalam usaha memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.

Rundingan itu juga selaras dengan ketetapan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin malam, yang memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.

Katanya, selaras dengan itu, UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.

“Kita mengharapkan rundingan Bersatu, Pas bersama UMNO dapat diadakan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.

“Keputusan UMNO itu (bermakna) untuk menolak kerjasama dengan parti-parti lain dan kekal bersama rakan-rakan kita dalam PN… supaya dapat dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak,” katanya kepada Astro AWANI malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah kemungkinan UMNO bakal mewujudkan kerjasama bersama DAP untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Terdahulu, beliau merasmikan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Innovasi dan Ekonomi (MySTIE) di Astro AWANI.

Baru-baru ini, kemelut politik di Perak tercetus susulan bekas Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul itu tidak mendapat sokongan majoriti Ahli DUN termasuk daripada UMNO, yang menyaksikan beliau hanya mendapat 10 undi menyokong, tidak menyokong (48) dan masing-masing satu undi rosak dan berkecuali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");