Perak Hari Ini

Lelaki Maki, Ludah Pekerja Kedai Runcit Wanita Di Lahat Ditahan Polis

IPOH – Lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat selain bertindak meludah seorang pekerja wanita di sebuah kedai runcit di Lahat dekat sini telah ditahan Polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata susulan laporan daripada wanita tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang, sepasukan polis telah menjejaki dan menahan lelaki tersebut pada 8.45 malam bagi membantu siasatan.

“Lelaki yang berumur 47 tahun itu telah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh dan ditahan 24 jam bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan tangkapan mengadu dalam keadaan mabuk semasa kejadian berlaku.

“Tindakan kompaun dikenakan terhadap tangkapan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.

“Kejadian itu berlaku pada 30 November pada jam 8.40 malam apabila lelaki itu yang juga pelanggan melanggar SOP PKPB. Apabila ditegur, lelaki itu telah mengeluarkan kata makian serta meludah wanita itu.

“Pergaduhan hampir tercetus namun sempat dihalang oleh pekerja yang lain. Kejadian itu dirakam oleh salah seorang pekerja lain dan ditularkan di media sosial,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Asmadi menasihatkan orang ramai untuk tidak menularkan lagi rakaman kejadian itu kerana dikhuatiri boleh memudaratkan atau menggugat keharmonian kaum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");