Perak Hari Ini

Lima Calon EXCO Negeri Perak Di Lantik Petang Ini

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad telah menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah, berkenaan sembah cadangan lima (5) senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

Katanya, beliau telah memohon untuk menghadap dan menyembah maklum kepada Tuanku supaya lima nama itu dapat segera diadakan majlis angkat sumpah

“Kerana masa yang agak suntuk maka sebuah kerajaan terlebih dahulu perlu ditubuhkan.

“Mengikut undang-undang tubuh, kerajaan negeri perlu ditubuhkan sekurang2 seorang menteri besar dan empat orang ahli majlis,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tujuan berkenaan membolehkan beliau mengadakan mesyuarat kali pertama bagi EXCO berkenaan.

“Baginda telah menerima perkenan dan menitahkan agar istiadat pelantikan dan angkat sumpah berkenaan diadakan pada ini.

“Mesyuarat berkenaan akan meneliti dan meluluskan buku bajet negeri yang akan dibentangkan pada sidang dun, rabu hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");