Perak Hari Ini

Lima SD Sokong Calon MB Perak Telah Dipersembahkan – Zainol

IPOH – Lima dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong perlantikan calon Menteri Besar Perak yang baharu telah dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini

Lima SD itu membabitkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dan masing-masing satu daripada GERAKAN serta Bebas.

Mereka adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi, Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau),
Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), A Sivasubramaniam (Buntong) serta Paul Yong Choo Kiong (Tronoh).

Menurut Zainol, SD itu ditandatangani dan dipersembahkan kepada Baginda yang selaras dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya bersama-sama tiga wakil BERSATU, Gerakan dan Bebas mempersembahkan SD kepada Sultan Perak.

“Ia berdasarkan persefahaman di ambil pihak pusat oleh Presiden UMNO, BERSATU dan PAS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, di sini, hari ini.

Selain itu, Zainol memaklumkan ADUN Chenderiang merangkap Pengerusi BERSATU Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih di ibu negara bagi menghadiri sidang parlimen.

“Menghadap Baginda ini juga adalah arahan Ahmad Faizal selaku Pengerusi BERSATU Perak untuk hadir dan memberi sokongan Presiden-Presiden Parti dalam PN,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau juga mengesahkan ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menghadap Baginda semalam secara individu.

Terdahulu kesemua mereka tiba di Istana Kinta kira-kira jam 4.30 petang menghadap Sultan Perak dan selesai sekitar jam 5 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");