Perak Hari Ini

Lori Bawa Muatan Kimia Terbalik Di Lebuh Raya Dekat Slim River

SLIM RIVER: Sebuah lori yang membawa muatan bahan kimia terbabas dan terbalik di Kilometer (KM) 366 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kebocoran bahan kimia tersebut pada jam 8.29 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River telah dikerah dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian JBPM mendapati terdapat sebuah lori terbabas dan terbalik.

“Pemandu lori tersebut cedera di tangan dan kaki, seterusnya dibawa keluar oleh orang awam kemudian dihantar ke hospital Slim River,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya lagi, bahan kimia yang dikenal pasti seperti amines liquid, corrosive (UN 2735), sulfuric acid (UN 2796) dan environmental hazardous substances liquid (UN 3082).

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan untuk membuat kerja ‘identify the problem’ dan setelah dikenal pasti bahan seterusnya diasingkan.

“Manakala bahan yang tertumpah dilakukan ‘covering’ menggunakan serbuk kayu,” katanya dengan menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.16 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");