Nama Datin Diana Danielle pasti dikenali dan diminati ramai kerana kecantikannya dan lakonon hebat di dalam setiap watak yang dibawa.
Baru-baru ini, pelakon berusia 29 tahun itu memuat naik satu posting meluahkan hasratnya mahu memperlahankan kariernya dalam industri hiburan.
Menurut Diana, dia mahu memperlahankan kerjayanya kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada dua anaknya Mohamad dan Nur Aurora.
Tambah Diana, dia bukanlah seorang ibu yang boleh berjauhan dengan anak-anak dan asyik memikirkan mengenai sepasang anak kesayangannya itu.
Selain itu, meskipun pelakon drama Raisha itu gemar dan cinta dengan kerja yang dilakukan, namun jauh di sudut hati dia sedih apabila kadang-kala perlu berpisah sementara daripada anak-anaknya.
Dia juga mengatakan sebelum wabak Covid-19 melanda, dia sering membawa Aurora ke set penggambaraan kerana pasti akan rindu akan anaknya itu.
Diana juga berkata terlalu banyak yang dia korbankan untuk tahun 2020 ini dan berhasrat untuk memperlahankan kerjaya pada tahun depan.
Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berehat dan meluangkan masa lebih banyak bersama keluarga.
Posting itu turut dihujani komen daripada rakan artis dan warganet yang memberikan kata-kata semangat buat Diana
Diana berkahwin dengan aktor Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan Muhamad, 7, dan Nur Aurora yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Diana Danielle