Perak Hari Ini

MAIPk Perkenal Bayaran Zakat Melalui Shopee

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) perkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan semasa berikutan masyarakat sering memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Katanya, pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di Shopee sama ada menggunakan dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian.

“Selain itu, pembayaran secara tunai juga boleh dilakukan di kaunter 7-Eleven,” katanya dalam kenyataan hari ini”, katanya dalam satu kenyataan media.

Pada masa sama, Shahrul berkata, bagi merancakkan kempen bayaran zakat, pihak Shopee turut melaksanakan kempen zakat bermula 22 hingga 31 Dis yang menawarkan 200 syiling Shopee kepada 1,000 pembayar terawal yang dipilih setiap hari.

Katanya, kerjasama bersama Shoppee itu bakal memberi kemudahan kepada ramai pengguna beragama Islam bagi melaksanakan ibadah zakat khususnya di Perak dan hasil kutipan zakat ini seterusnya diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");