Perak Hari Ini

MB Perak Dijangakan Menghadap Sultan Perak Sebelum Rabu

MB Perak Dijangkakan Menghadap Sultan Perak

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum pembentangan Belanjawan Perak pada Rabu ini susulan krisis politik berkaitan usul undi percaya terhadapnya.

Ahmad Faizal berkata, pembentukan kerajaan baharu kelak adalah penting bagi meluluskan belanjawan negeri demi kepentingan rakyat.

Walau bagaimanpun ujarnya, kebenaran untuk menghadap Baginda diserahkan kepada pejabat Istana Sultan Perak.

“Saya berharap dapat berjumpa sebelum rabu ini kerana kita perlu bentukkan kerajaan dan jangan merungsingkan baginda supaya Baginda mudah membuat keputusan.

“Alhamdulillah, saya percaya kita dikurniakan Raja yang prihatin kepada rakyat dan semua keputusan akan ditentukan oleh Baginda.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat hak milik, Notis 5A dan surat tawaran serta Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Ahmad Faizal tidak dapat mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak selepas 48 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menyokong usul undi percaya terhadapnya dalam persidangan DUN tadi.

Pada masa sama, beliau berpandangan bahawa apa yang berlaku tidak ada sebarang unsur tikam belakang oleh sesetengah pihak dalam Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, perkara sedemikan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam dunia politik.

Dalam pada itu tmabahnya selepas ini beliau akan menumpukan sepenuhnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang dan Ahli Parlimen Tambun dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");