Perak Hari Ini

MBI Terima Sumbangan 20,000 Pelitup Muka

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sumbangan 400 kotak atau 20,000 keping pelitup muka daripada Scientex Quatari Sdn. Bhd, hari ini. 

Dalam satu kenyataan MBI memamklumkan turut disumbangkan syarikat berkenaan adalah 30 botol cecair pembasmi kuman dan 10 kotak air mineral. 

Katanya sumbagan tersebut sebagai usaha membantu MBI menangani penularan COVID-19 dalam kawasan bandaraya ini. 

Katanya acara penyerahan sumbagan disempurnakan antara Ketua Pegawai Operasi Scientex Quatari Sdn. Bhd, Datuk Alex Khaw, Ketua Pegawai Operasi Scientex Quatari Sdn. Bhd dengan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin, pagi tadi. 

Menurut Rumaizi, barangan tajaan tersebut akan dapat membantu pihak MBI dalam usaha untuk membasmi penularan jangkitan kuman COVID-19 di Bandaraya Ipoh.

“Beliau juga berharap agar lebih banyak agensi swasta yang akan menyumbangkan barangan kesihatan seumpama ini kepada pihak MBI bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar dari wabak itu 

“Semoga kerjasama berpasukan antara pihak MBI dan Scientex Quatari Sdn. Bhd  akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju,” katanya lagi. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");