Berita Hari Ini

NGO Serah Memorandum, Gesa SPRM Siasat Kes Kartel Daging Import Haram

PUTRAJAYA – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suruhanjaya itu menjalankan siasatan menyeluruh kes kartel daging import haram di Senai, Johor baru-baru ini.

Bernama melaporkan dua NGO tersebut ialah Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor.

Presiden GBHM Mohd Zulfitri Mohd Basir ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini  berkata pihaknya percaya wujud ketirisan dan penglibatan unsur rasuah dalam kalangan pegawai yang menjaga pelabuhan kerana banyak daging import haram berjaya diseludup.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor Rahmadin Alimuddin berkata SPRM perlu menyiasat siapa pemilik sebenar Lesen Import (AP) dalam kes tersebut.

Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima memorandum berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");