Perak Hari Ini

PAS Perak Mohon Ampun Kepada Sultan Perak

IPOH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Perak telah mengutuskan surat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kegagalan menghadap Baginda di Istana Kinta setelah dititah pada 8 Disember lalu.

Tiga ADUN berkenaan adalah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Mohd Khalil Yahya.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan mengutuskan surat memohon ampun dan maaf atas perkara berkenaan ke Pejabat Istana, petang Jumaat.

“Kami dengan rasa rendah diri menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana tidak menghadap setelah dititah Baginda.

“Kita sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Negeri dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ipoh, hari ini.

Pada masa sama, Razman turut mengesahkan surat yang tular di media sosial mengenai surat permohonan menghadap Sultan Perak daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, pada 8 Disember, tiga ADUN berkenaan gagal menghadap Sultan Perak sebagaimana telah dititahkan Baginda, di Istana Kinta, Ipoh walaupun pada awalnya mereka bercadang berbuat demikian pada jam 3 petang lalu.

Beliau turut mengesahkan senarai calon Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri daripada PAS telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");