Perak Hari Ini

PAS Putuskan Tidak Jadi Menghadap Sultan Perak

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS membuat keputusan untuk tidak menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini yang dijadualkan hari ini.

PAS mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak iaitu ADUN Gunung Semanggol Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Pucuk pimpinan PAS Negeri dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat susulan arahan daripada PAS Pusat.

“Sepatutnya PAS dijadualkan memohon menghadap pada jam 3 petang ini. Namun ianya terpaksa dibatalkan susulan arahan daripada pimpinan pusat,” katanya.

Pagi tadi, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan Sultan Perak menitahkan agar ADUN-ADUN daripada PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menghadap hari ini.

Katanya Ia bagi meyakinkan Baginda tentang majoriti bilangan ADUN yang menyokong mana-mana ahli bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Dalam perkembangan berasingan, Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak, dilihat tiba menaiki kenderaan berasingan di Istana Kinta, di sini sebentar tadi bagi menghadap Sultan Nazrin.

Mereka adalah, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Pengerusi DAP Perak, Nga Koh Meng serta Pengerusi Parti Amanah (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");