Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Sertai Pembentukan Kerajaan Baharu Di Perak

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Harian Metro melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan usul keyakinan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang berlangsung dalam Dewan Undangan Negeri Perak di mana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menyokongnya selaras dengan pendirian dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat.

“Selaras dengan keputusan ini, PAS Pusat membuat ketetapan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu.

“PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya diusulkan ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi ditetapkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");