Panasnya Hari Ini

Pejabat Ketua Pembangkang Nafi Laporan 10 MP UMNO Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pembangkang hari ini menafikan laporan berita yang menyebut 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Astro Awani melaporkan maklumat diperolehi daripada sumber yang menyatakan sokongan termasuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai palsu.

“Kami menafikan laporan berita itu. Maklumat berkenaan juga disifatkan sebagai palsu,” katanya dalam satu kenyataan kepada agensi media itu, hari ini.

Terdahulu, laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah (SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");