Perak Hari Ini

Pelantikan Tiga Ahli JPKK Setiap Kampung Selaras Ketetapan Tiga Parti – MB Perak

IPOH – Pelantikan tiga orang ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) adalah selaras dengan ketetapan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar pelantikan ini meliputi tiga komposisi parti komponen dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata Setiap JPKK Negeri akan dipengerusikan oleh Penghulu yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas selaku ketua organisasi di kampung berkenaan.

“Yang Berhormat Selinsing memohon Kerajaan Negeri melihat semula keperluan pelantikan tiga orang ahli (JPKK) dalam sesebuah kampung yang menyulitkan pentadbiran kampung.

“Hala tuju masa hadapan organisasi JPKK ini akan diperkemas, selaras dengan ketetapan lanjut dan persetujuan di peringkat kerajaan negeri kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu katanya lagi, kerajaan negeri akan terus berusaha mencari formula terbaik untuk mengatasi perkara ini.

Ujar Saarani antaranya melalui penganjuran bengkel melibatkan pihak yang berkaitan.

Sementara itu Mohamad Noor Dawoo (BN-Selinsing) ketika bangun mengajukan soalan tambahan berkata isu elaun kepada JPKK juga perlu diambil perhatian pihak kerajaan.

“Saya berpendapat kajian semula yang hendak dilakukan oleh Yang Amat Berhormat itu memang tepat pada masanya, namun satu lagi isu ialah saya lihat elaun yang diberikan kepada mereka ini sangat sedikit.

“Saya rasa perlu kita tambah untuk mereka lebih efisien dalam menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran di peringkat mukim, daerah dan negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");